| Follow || Dashboard |
// SΔZΔTUL FITRI \\
Aduh! Sakitnya Gigi Geraham Bongsu
23 December 2014 | 20:29 | 0 Comments ♥

Assalamualaikum

Haaa memang berzaman dah tak update blog *terlupa password* tetiba boleh bukak blog and ada pulak cerita best nak taip. best ke? Uhukkk uhukkk...

Alkisahnya, rabu lepas aku g mydin sebab nak makan Domino's pizza. minggu tu 4x aku makan dominos almaklumlah dominos buat promosi murah. pulun lah kan gi dominos je minggu tu. Then balik dari mydin malam tu aku rasa macam gigi aku berdenyut2. And rasa bengkak semacam. Okay nvm lah ingat sikit je kan, kebetulan esoknya (khamis) aku ada interview dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai(MPSP). Malam tu boleh tidur nyenyak lagi n study baca soklan interview.

Esoknya bangun, alahaiiiii nak bukak mulut pun tak boleh weh. Gosok gigi pun sikit2 ja. hahahaha lepas dah siap2 aku pun gerak la ke tempat interview ditemani Clah and Fira.Habis interview pukul 12.30pm kitaorg pun g area Bagan nak cari Rojak Tonggek. Famous disitu sebab makan rojak sambil tertonggek tonggek bhahahaha. Yg tak bestnya aku makan tak puas sbb sakit gigi ni.

Okay azab pun bermula, start malam jumaat tu aku langsung tak boleh tidur malam. Menangis sambil urut2 pipi yg membengkak. Memang x boleh tidur lah pukul 3 pagi gila aku bngun tumbuk cengkih and jerang air suam nk kumur2 air garam n letak cengkih dkat tempat sakit tu. Shit, apa pun tak jadi. sakit jugak. Bangun esoknya aku demam2 sakitnya memang azab gila gila. Dalam keadaan yg sakit gitu aku rasa nak lempang orang2 sekekiling and nak je kokok (gigit) almari ke katil ke. Paling taktahan dengar orang yg duduk dekat aku bersembang. rasa nak lempang jaaaa maki2. Fuhhh! Sambil aku kemas bilik, cuci pinggan aku nangis2. Tskk tskkk aku ada jugak. Nak ke dentist memang aku takut sebabnya dari sekolah rendah lg aku ni sentiasa jadi perhatian dentist. aku x suka g dentist ,dentist je suka aku kahkahkah.

Ahad, aku dah taktahan lagi dah. Aku g farmasi, aku beli ubat ikut suka DOS aku je mintak macam aku plak doc. hahahaha pengalaman keja farmasi dlu so aku tau jugak serba sikit ubat yg kuat untuk sakit gigi. Aku beli Ponstan 500mg, Papain, Antibiotic metronidazole . Alhamdulillah hilang jugak sakit Gigi tu tapi Mak aku plak suruh g dentist hari ni. Dengan kaki lemah gemalai, aku pun Berat hati g jumpa dentist

Lepas dentist tu check, dia pun explain kat aku...

"Actually, gigi geraham bongsu awak nk tumbuh hujung tu, tapi ruang sempit so dia x boleh tumbuh dgn elok. kita x-ray gigi awak tu dulu. kita tengok kalau Gigi tu boleh buang kita buang,if x boleh saya buatkan appointment awak dgn pakar untuk buat pembedahan kecil"

Gigi aku tu tumbuh secara PARTIAL ERUPTION...Sobbbss sobsss

Huarghhh aku memang seram dengan perkataan operation, so tarikh yg dia bg adalah pada 9-1-2015. untuk jumpa pakar. Untuk dua minggu ni aku kena bertahan dengan ubat tahan sakit n antibiotik yg doc tu bagi. Haihh, bertahan lahhhh wahai gigi :'(

Nanti aku sambung lain ...cita lepas operation hahahaha


Older Post
♥ Le' Owner ♥

♥ Hello , for short saza , im 19 years old , Penang currently . Please be nice here . Leave your footstep at the shoutbox and follow me . Thanks :) ♥

♥ Le' Music Video ♥



♥ Le' Tagieboard ♥


♥ Le' Credits ♥

Skin By //SuhailaRoslan
image By Google